Thursday, January 20, 2005
Hari Raya Aidiladha,Korban dan hikmahnya...
Kita melangkah ke bulan terakhir dalam takwim Hijrah iaitu Zulhijjah. Pada bulan ini Allah menganugerahkan kepada umat Islam suatu hari kebesaran iaitu Hari Raya Korban.
Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Korban, umat Islam yang berkemampuan dituntut melakukan ibadat korban.Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.Islam mensyariatkan korban sebagai salah satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail sebagai suatu ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang taat.Ada banyak hadis yang menyebut keutamaan ibadat korban. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban)." “Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi". “Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat al-Tarmizi)."Melalui hadis ini jelas bahawa ibadat korban adalah ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah. Maka tentunya ia mendapat kemuliaan di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Justeru, melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amalan kebajikan yang dilakukan, di samping menjadi sebagai penebus dosa kita. Rasulullah bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang lalu." (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban).Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."Begitulah besarnya ganjaran kepada orang yang melakukan korban. Allah menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan menjadikan haiwan sembelihan itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak. Pada zahirnya ia cuma pengorbanan seekor haiwan sembelihan, namun jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah dalam melatih kita agar sentiasa bersedia untuk berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah di bumi ini.Selain itu, ibadat korban adalah ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang telah dikurniakan Allah. Kita harus sedar untuk mencapai suatu cita-cita memerlukan pengorbanan. Betapa Rasulullah ketika hayat baginda dan sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata untuk mendaulatkan agama, inikan pula suatu amalan yang cuma untuk mengorbankan secebis harta demi untuk mensyukuri nikmat yang diterima. Ingatlah setiap pengorbanan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amal ikhlas semata-mata kerana Allah. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membanggakan diri dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah dan nescaya sia-sialah ibadat korban yang dilakukan.
Rasulullah amat menyukai amalan berkorban hingga baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap kali kedatangan Aidiladha.Justeru, amalan korban itu mempunyai kelebihan besar. Dilihat dari sudut kerohanian, ia dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan. Ibadat itu dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan, terutama golongan fakir dan miskin bagi sama-sama merasakan keriangan hari raya. Allah berfirman bermaksud: "Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Hajj, ayat 36).Melalui amalan ibadat korban ini, jelas terbukti dapat mewujudkan suasana kerjasama serta saling bantu-membantu antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun yang menerimanya. Namun amalan yang berkebajikan ini janganlah dicemari dengan unsur negatif, misalnya, berebut-rebut ketika menerima daging agihan, bersikap tamak dengan mengambil hak orang lain hingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penerima dan orang yang lebih layak untuk menerima sebahagian yang ditentukan oleh syarak. Akhirnya ia boleh menimbulkan pertelingkahan. Manakala di pihak yang ditugaskan untuk mengurus penyembelihan, hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Jagalah kepercayaan yang diberikan dan jadikanlah apa yang diamanahkan itu sebagai satu tanggungjawab dan kewajipan yang akan diperhitungkan pada hari akhirat nanti.Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan, termasuk amalan korban akan diterima dan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.Allah berfirman yang bermaksud: "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat37).
dipetik dari:http://www.i-putra.com.my/korban1.htm
Posted by aurisia/syahida at 4:16 PM
Wednesday, January 12, 2005
The Prophet (Allah bless him and give him peace) said:
Judges are three: two of them in hell, and one in paradise. A man who knows the truth and judges accordingly, he shall go to paradise. A man who judges for people while ignorant, he shall go to hell. And a man who knows the truth but rules unjustly, he shall go to hell.
(Sharh al-sunna, 10.94).
Posted by aurisia/syahida at 5:46 PM
Sunday, January 09, 2005
Peringatan buat diri...
Insaf bercampur takut,tapi mimpi yang saya alami terasa seperti benar-benar terjadi. Gerun masih lagi terasa setiap kali saya cuba untuk recall balik rentetan dalam sequence mimpi yang saya alami. Saya tidak begitu pasti tentang mimpi yang saya alami tetapi it's seem like masa dah berhenti. Manusia berlari-larian,cuba menyelamatkan diri. Di langit ada banyak bintang dan meteor seperti tak berhenti-henti melintasi sang awan sehingga akhirnya ia membentuk perkataan Allah.Tika itu langit yang gelap berubah menjadi terang dan hari siang. Dan saya ingat,saya cuba untuk lari ke tempat yang saya tahu tapi dalam berlari itu,saya sempat berdoa kepada Allah agar selamatkan keluarga saya...Dan,tika saya dah masuk ke dalam rumah,tiba-tiba muncul satu makhluk,merah keseluruhan badannya,datang dan mencekik semua orang. Tapi,saya terselamat dari dicekik kerana makhluk itu tak nampak kewujudan saya. Namun berikutnya,datang lagi satu makhluk,berwarna coklat dan berwajah kurang menyenangkan,cuba menyedut setiap nafas yang dapat dirasainya...Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan saya sangat takut....Saya cuba menahan nafas tapi tak mampu dan saya biarkan makhluk itu menelan saya...Mimpi itu stop disitu kerana saya tiba-tiba terbangun...What is it really about?Insyaallah,mungkin ini peringatan Allah buat saya agar tak lalai dan malas...
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal. (Surah Luqman; 34)."
Posted by aurisia/syahida at 6:47 PM
.:about me:.
.:kebenaran hari ini bukan bererti kebenaran esok hari:.
"...Ingatlah setiap raja itu mempunyai batas sempadannya dan
batas sempadan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkannya.
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging,apabila daging
itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya,apabila daging itu rosak
maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.Ingatlah daging itu ialah
hati."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
syahida mohd sukri
20 years old
from: Kerteh,Malaysia
student at UQ,Queensland
currently doing something with Info Tech
contact me @ meteora_syahida@yahoo.com.au