Saturday, October 23, 2004

Senyum seindah suria...
Senyum mempunyai segudang manfaat, baik
bagi diri sendiri maupun bagi orang lain. Diantara
manfaat senyum adalah sebagai berikut :

1. Dari segi penampilan, Senyum dapat
memperbaiki penampilan dan menambah daya tarik.
Walaupun yang tersenyum adalah kakek-kakek yang ompong
dan keriput, namun senyuman tetap menjadikannya lebih
baik. Seperti mempunyai makna dan nuansa tersendiri,
mungkin lebih manis kesannya, lebih indah dan menyejukkan
hati.Dengan senyuman, kita akan lebih dihargai dan
disegani.
2. Dari segi kesehatan, orang yang murah
senyum biasanya terjaga dari penyakit yang bernama
stress.Jantungnya akan berdetak secara normal,
sehingga terhindar dari berbagai macam penyakit
ketegangan.Menjalani kehidupan sehari-hari dengan hidup
senang dan ceria membuat tubuh lebih sehat dan awet
muda.Menurut pendapat para dokter, untuk
menghasilkan sebuah senyuman hanya dibutuhkan 17 otot
wajah. Maka dari itu, tidak heran jika sering ditemukan orang
dengan usia 50 tahunan punya wajah masih tetap segar,
ceria dan sehat. Berbeda dengan orang yang suka marah,
hobinya cemberut, atau suka mengomel,biasanya
kelihatan lebih tua. Memang tiga aktivitas terakhir
membutuhkan 32 otot wajah inilah yang menjadi penyebabnya.

3. Dari segi sosial, senyuman merupakan suatu
bentuk keakraban dalam pergaulan masyarakat. Dan
ini akan menambah suasana hangat dan indah. Karena
memang ketika melihat seseorang yang murah senyum,
akan terasa menyenangkan. Senyuman memang sesuatu yang hebat dan
dahsyat.Senyuman yang penuh dengan ketenangan
akan mampu meluluhkan kemarahan seseorang. Hendaknya
kita membiasakan untuk bersikap tenang dan murah
senyum dalam bergaul. Bukankah dunia akan menjadi indah dengan senyuman dan apa
jadinya bila semua orang bermuka masam, dan selalu cemberut...?!
Maka tersenyumlah... niscaya dunia akan tersenyum bersama kita...!

Posted by aurisia/syahida at 10:19 PM

Sunday, October 10, 2004

READ!! to all MUSLIM..
Message: Please send this message to all your
contacts!!!If you don't.... A Muslim(s) around the world could
be receiving false information about Islam which
you know about, so I would send this messages
as soon as u have read it.Beware of the following websites:

1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com
4.www.allahassurance.com


These sites have been developed by the Jews who Intentionally spread wrong information about theQURAN,HADITH and Islam.Please spread this information
To all the Muslim brothers and sisters around the world.Always check the source of any Islamic web siteeven if it is very convincing....

Posted by aurisia/syahida at 8:48 PM

Monday, October 04, 2004

cara-cara mengatasi marah


Message: Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong
(ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar
marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang,
besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai
pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang
dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah
pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang
seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti
marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah
bait syair:

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah
terjadi. Istirehatkan hati dari kata-
kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah
ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana
sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah
dengan mengucapkan;

"Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya
Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh
mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.
Ahnaf menjawab :

"Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada
satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya
membawa panggang besi yang berisi daging
panggang yang masih panas. Belum sempat
daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa
sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh
terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak,
kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal
dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan
tenang berkata kepada hambanya yang sedang
pucat dan menunggu hukuman.

"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu
tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan
kamu."

"Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais
bin Asim," kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi
Qais memandang segala kejadian itu adalah dari
Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha
dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak
ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah
dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan
ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti
membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang
menyebabkan kita menjadi pemarah dengan
melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t
akan segala tindak-tanduk kita. Allah
memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini
hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada
Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat
marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
mungkin akan membawa kepada permusuhan
dan pembalasan dendam dari orang yang anda
marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita
ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk
daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda
di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca
Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim)
kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil
wudhu' kerana wudhu' dapat menenangkan api
kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal
tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya
akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu
datangnya dari Allah dan akan kembali kepada
Allah. Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang
memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang
melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah,
sedangkan anda berdiri, maka duduklah,
sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah
kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila
naik marah, yang bersandar akan mula
menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri,
maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap
darah jantung dari suruhan syahwat untuk
mempertahankan diri dan untuk melepaskan
dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul
kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan
fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak
ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik
laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap
menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf,
penglihatan nampak kecil bila memandang orang,
ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup,
fikiran tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg
terbakar api terkurung di dalamnya dan angin
masuk juga mengipasnya sehinggalah
terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang
menambahkan panas... Kedengaran api
memakan kelilingnya habis menjadi bara.
Meskipun diusahakan menyiram.. maka air
penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api.

Berbanyakkanlah beristighfar... itulah senjata
orang-orang mukmin.



Posted by aurisia/syahida at 4:10 AM