Thursday, September 23, 2004
Salahkah aku?
Pokok persoalan: kenapa pakai telekung ketika solat?
Jawapan(yang pasti dijawab oleh semua yang ditanya): Sebab ketika solat,kita perlu menutup aurat..
dulu bagi saya tak perlulah sibuk-sibuk memikirkan tentang ini kerana pada tafsiran saya ini bukan masalah saya,amal ibadat masing-masing, jadi itu tanggungjawab mereka sendiri. tapi seseorang mengutarakan tentang ini, mengapa diluar dengan mudah tidak bertudung tetapi apabila mahu solat sibuk mencari telekung....? cadangannya,jika terlihat ada sisters yang diluarnya tidak menutup aurat,ketika dia solat,tarik telekung itu...jika ditanya mengapa;tanya dia mengapa dia memakai telekung ketika solat tetapi tidak menutup aurat apabila keluar?pertama kali mendengar pendekatan ini; saya fikir saya tak sekejam itu untuk melakukannya(lebih tepat,saya tak berani pun nak buat begitu). tapi bila difikirkan,relevan juga jika dilakukan.bukan untuk memalukan mereka tetapi sekadar ingin buat mereka terfikir. adakah ketika ingin bersolat sahaja perlu menutup aurat? bukankah sejak dilahirkan lagi,fitrah Islam dalam diri telah menuntut kita untuk mematuhinya...? saya sedar ramai diantara kita kebanyakkannya adalah Islam keturunan,tetapi cuba kita renung-renungkan sejenak, tidakkah kita merasa gembira kerana dilahirkan Islam? mungkin berat untuk dilaksanakan tetapi jika kita benar-benar mencuba,Dia pasti membantu kerana Allah tidak akan membiarkan hambaNya sendiri.berbalik kepada kisah diatas tadi, fikirkan;cukupkah dengan beberapa minit kita bersolat itu mengimbangi dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari,setiap saat? adakah hanya ketika menghadap Dia sahaja kita perlu menutup aurat? adakah Dia sentiasa ada hanya ketika kita bersolat? bagaimana diluar? adakah mempertontonkan diri di khalayak ramai itu lebih mulia dari menghormati undang-undang Allah...?
Posted by aurisia/syahida at 7:36 AM
Saturday, September 18, 2004
Summary for today's talk...
kemantapan iman sumber sahsiah mukmin.
sebagai seorang muslim, iman merupakan bahagian yang penting dalam
kehidupan. amat sukar untuk melahirkan sahsiah diri yang mulia jika
tiada iman dan aqidah yang kukuh dalam diri seseorang individu muslim.
iman lahir dari hati apabila seseorang itu mengakui keesaan Allah dan
hanya tunduk dan patuh padaNya.iman ini seterusnya dipamerkan melalui
setiap perkataan dan perlakuan seorang muslim yang yang hanya beriman kepadaNya.
walaubagaimanapun,iman ini mungkin hanya dihayati oleh seseorang melalui akalnya.
ini tidak bermakna mereka tidak mengakui tentang kebesaran Allah,tetapi disebabkan
oleh kemantapan iman dan aqidah yang sedikit, ianya tidak dapat dihayati
dengan sepenuhnya oleh mereka.tetapi bagi sesetengah manusia, iman telah
menjadi sebahagian dari diri mereka. mereka ini bukan sahaja beriman; tetapi juga
mempunyai aqidah yang kukuh dan mulia hasil dari kepercayaan mereka yang kuat
terhadap keesaan Allah s.w.t.iman yang disertai dengan aqidah yang kuat ini mampu
menjadi landasan bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji.
mngapa iman? setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang dengan hati yang tulus
ikhlas,dapat disimpulkan lahir dari orang-orang yang beriman kepadaNya. ini kerana
iman menjadi tunjang yang menjana perkembangan amal kebaikan dalam diri seorang mukmin.
dngan iman dan aqidah, seorang mukmin akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka dan
memastikan diri jauh dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh yang Esa.namun tahap
iman itu tidak akan sentiasa kekal pada asalnya kerana iman itu sentiasa ada turun dan naiknya.
maksiat dan bidaah yang sia-sia merupakan diantara perkara-perkara yang boleh mencacatkan iman seseorang.
oleh yang demikian,amatlah penting bagi seorang mukmin untuk menjaga imannya kerana ia mampu melindungi
diri dari melakukan perbuatan mungkar dan seterusnya melahirkan sahsiah tepuji dalam diri seseorang.
Posted by aurisia/syahida at 2:58 AM
Wednesday, September 15, 2004
rayuan hati ini,mengharapkanmu...untuk mengerti...
SELAMAT TINGGAL SILAMKU
Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa
Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah
Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku
NowSeeHeart
http://agusw.cjb.net
dari seorang saudara dan juga kakak yang kurang arif tetapi tidak mahu melihat orang yang saya sayangi hanyut mengejar dunia yang hasilnya tidak pernah menjanjikan apa2..saya juga seperti kamu, sukar untuk menerima kebenaran yang hak ini...dulu,hati saya sering memberontak,mempersoalkan tentang ini,pelbagai alasan saya reka,saya beri, tetapi Dia tahu apa yang terbaik untuk saya,dia keraskan hati saya untuk menerima. dan walaupun masih bertatih mencari keredhaan,saya bangga kerana saya adalah saya dan saya tak merasa ralat menerima kebenaran ini sebagai sebahagian dari diri saya...dulu saya rasa apa yang saya lakukan ini, adalah sangat sukar ,sangat payah untuk dilakukan....perjalanan saya tak jauh,bila2 masa sahaja,jika itu kehendakNya,saya boleh kembali kepadaNya....dan itulah yang saya takutkan,bukan untuk saya tetapi adik2 saya,saudara2 saya...saya sedih jika mereka pergi tanpa apa2.....adik,tak perlu rasa bangga dengan dunia ini..cuba beritahu satu benda yang kau rasakan sangat cool dan happening,yang melebihi perkara yang hak...saya amat risau,adik2 saya baru sahaja mulai kenal dunia....saya takut mereka akan terpengaruh dan tak sempat berpaling kepada hak2 mereka...saya sedih kerana masih ada lagi yang belum peka...tak terguris kah hati kita melihat saudara2 kita yang lain ditindas?sedarkah kita mereka diluar sana gembira melihat kita bertelagah sesama sendiri...seronok melihat kita meniru mereka...sedarkah kita bahwa kita adalah pewaris hakNya....kita adalah kesinambungan kepada risalah yang benar....jika tak mampu untuk memulakan dengan langkah yang besar,kita bertatih dahulu...beri ruang pada hati untuk menerima,beri akal peluang untuk berfikir....2 kali saya menulis tentang perkara yang sama kerana saya tiba2 teringatkan adik saya Luqman..saya amat risau sebab hati adik2 saya ini masih mentah..bila2 masa sahaja boleh tersilap...lebih2 lagi adik saya yang seorang ini cenderung kepada budaya yang pelik2...harapan saya agar apa yang saya beritahu dia,dapat difikirkannya sebab seindah namanya,saya berharap begitu juga dengan peribadi dan pemikirannya..sumtimes,i always wonder is he going to be besides me bilamana kami perlu berjuang di jalan yang benar?begitu juga dengan adik2 serta saudara saya yang lain....mampukah kita berdiri di sebelah masing2...menyokong dan berjuang demi hak yang hakiki?
Posted by aurisia/syahida at 6:51 AM
To boldly go..
saya terpandang tajuk ini dan rasanya dah lama sangat saya nak mengutarakan tentang ini.saya taklah arif dalam bab2 agama ini. tapi tak malu untuk saya katakan bahwa saya kini berbeza dengan saya yang semalam.berbeza?entahlah,tapi saya rasa itu terpulang pada pandangan masing2...tepuk dada buat pertimbangan sewajarnya.tapi apa yang ingin saya coretkan adalah ketidakpuasan hati saya,bukanlah rasa tak puas hati,tetapi rasa kasihan sebab masih ada lagi yang tak faham dengan pegangannya sendiri.kalau nak dikatakan tidak mampu untuk membezakan antara yang hak dan batil,rasanya diri sudah cukup dewasa untuk memilih.saya sendiri juga pada mulanya amat sukar untuk menerima. dalam diri ini sentiasa memberontak. setiap kali disuruh, hati ini meluap2 menyuruh menolak...pelbagai alasan direka,diberi,tapi siapa tahu;satu ketika hati ini lembut...saya rasa seperti mendapat sesuatu yang baru dan tak lagi merasa bimbang dengan kata2 orang dan walaupun saya masih bertatih, saya cekalkan hati ini,terima kerana saya yakin apa yang saya lakukan adalah lebih happening dari terus berusaha ke arah duniawi semata2....dan apa yang saya tulis ini bukanlah untuk orang lain tetapi sekadar ingatan untuk diri saya dan saudara2 saya yang lain. saya amat risau dan sedih kerana seperti teman2 yang lain saya ada sahabat,teman dan adik2. dan yang saya paling risau adalah tentang adik2 saya yang baru sahaja mulai mengenal dunia luar. dengan budaya skinhead, dan budaya2 kuning yang lain,saya takut adik2 saya akan hanyut. hidup sia2 dalam kesesatan. dan yang paling sukar untuk saya bayangkan adalah kesedihan kedua ibu bapa yang telah menatang kami selama bertahun2..saya tulis ini sebab saya rasa perlu untuk saya luahkan apa yang saya rasa especially towards remaja2 islam sekarang. saya tahu anda mampu; sebab saya juga merasakan saya lemah tp saya mencuba....startlah dengan sedikit2...beri ruang pada hati untuk menerima;beri akal tempat untuk memikirkannya...kita adalah pewaris agamaNya,kesinambungan kepada kebenaran, tidakkah hati kita sedih mendengar cerita tentang saudara2 kita? tidak marahkah kita mendengar tentang salah faham terhadap pegangan kita?sedarkah kita bahwa diluar sana,
mereka yang memerangi kita,gembira melihat kita jatuh dan meniru mereka....gembira melihat kita mengagung2kan mereka.....?
Posted by aurisia/syahida at 6:12 AM
Sunday, September 12, 2004
Difference between MASJID and MOSQUE
receive this message from a friend of mine.i found it interesting as i,myself never have this idea of what mosque really means....and with this simple word; i realised how easily we'd been twisted to believe that "mosque" is an English translation for masjid...and we even used it formally or informally in our life for ages...how sad to know that muslims now are easily influence with something simple like this?
"THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM" (they call themselves idiots) and it is filled with fun facts. "One of them concerns the term " Mosque ".So many of us think this is the English translation of Masjid. I'm sure none of us ever wondered how this term came into being when it really had little in common with how it sounded compared to 'Masjid'.(We were very young when we were taught this English word.Our minds then were not critical & analytical, so didn't dare to ask/challenge our teachers, right?).Anyway this book pointed out that the term 'mosque' is derived from the Spanish word for "mosquito." It was termed as such because during the Crusades, King Ferdinand said they were going to go and swat the Muslims like mosquitoes".(Where else can they find Muslims in large number to be swatted if not in a Masjid?). So, they cheekily termed "Masjid"as "Mosque". So, Dear Muslim brothers and sisters, refrain from using this term, which is obviously a disgusting slap in the face to the Ummah. Educate our brothers and sisters to the history and etymology of this word. And let us replace it with the word, which is MEANT to be used: Masjid!
The Place of Prostration!!Not Mosque: the place to be swatted!
Posted by aurisia/syahida at 1:49 AM
Friday, September 10, 2004
Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:
- Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.
- Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.
- Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.
- Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.
- Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
- Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.
Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:
- Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta’awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.
- Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.
- Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.
Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
- Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.
- Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.
- Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.
Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:
- Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.
- Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.
- Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.
Posted by aurisia/syahida at 5:51 AM
Thursday, September 02, 2004
Adab Menguap??
Tak mahu pergi jauh,rasanya topik ni memang kena dengan semua orang yang bergelar manusia..Terutamanya diri saya sendiri.kalau lecture yang panjang,memang menguap tuh dah sah menjadi rutin diri....tapi dalam dok menguap-nguap ni, ada adab yang perlu kita jaga..yelah,kadang2 tuh naik malu jugak kalo asyik dok menguap2 sampai tak ignat dunia...jatuh saham....
1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
Posted by aurisia/syahida at 12:22 AM
.:about me:.
.:kebenaran hari ini bukan bererti kebenaran esok hari:.
"...Ingatlah setiap raja itu mempunyai batas sempadannya dan
batas sempadan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkannya.
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging,apabila daging
itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya,apabila daging itu rosak
maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.Ingatlah daging itu ialah
hati."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
syahida mohd sukri
20 years old
from: Kerteh,Malaysia
student at UQ,Queensland
currently doing something with Info Tech
contact me @ meteora_syahida@yahoo.com.au