Monday, June 21, 2004

Doa
Dalam kita menjalani kehidupan seharian,doa adalah salah satu perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh seorang individual yang beriman.Namun untuk memastikan bahawa doa seseorang itu termakbul, beberapa perkara haruslah diteliti. Antaranya adalah:

Syarat Berdoa


Adab-adab berdoa


Sebab-sebab doa tidak diterima
Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:


Sumber dari:mpsj

Posted by aurisia/syahida at 6:00 AM

Saturday, June 19, 2004

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBUBAPA


HAI ANAK-ANAKKU,

1. JAGALAH NAMA BAIK IBU BAPAMU SEPANJANG HAYAT

2.PASTIKANLAH DIRIMU SENTIASA TEGUH MENDIRIKAN SOLAT DAN BERAKHLAK MULIALAH SEPANJANG HAYATMU

3.DOAKANLAH KESEJAHTERAAN UNTUK IBU BAPAMU SETIAP LEPAS SOLATMU

4.BAHAGIAKANLAH, GEMBIRAKANLAH HATI IBU BAPAMU SEDAYA YANG MUNGKIN

5.PANDANGLAH IBU BAPAMU DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN BERBICARALAH DENGAN SUARA YANG LEMAH-LEMBUT

6.JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU SUSAHKANNYA DAN MEMALUKAN IBU BAPAMU

7.JANGANLAH ENGKAU SOMBANG PADA IBU BAPAMU WALAU SETINGGI MANA DARJAT DAN PANGKATMU

8.BERKORBANLAH JIWA RAGA, HARTA DAN MASA UNTUK MEMBELA IBU BAPAMU

9.POHONKANLAH KEREDHAAN DAN KEIKHLASAN DARI IBU BAPAMU SEBELUM HAYATNYA BERAKHIR

10.MAAFKANLAH SEGALA SALAH SILAP IBU BAPAMU WALAU BANYAK MANA SEKALIPUN

11.SENTIASALAH ENGKAU KIRIMKAN TASBIH, ZIKIR AYAT-AYAT SUCI UNTUK IBU BAPAMU, LEBIH-LEBIH LAGI SETELAH KEDUA-DUANYA MENINGGAL DUNIA

12.BUATLAH BAIK KEPADA RAKAN HANDAI IBU BAPAMU, BILAMANA IBU BAPAMU SUDAH MENINGGAL DUNIA

"ANAK-ANAKKU...
ENGKAULAH BUAH HATI, TINGGALAN HARTA IBU BAPA,
BAIK DIRIMU, BAIKLAH IBUBAPAMU."

Dipetik dari Teennet




Posted by aurisia/syahida at 7:29 PM

Monday, June 07, 2004

Perhiasan yang menjadi dambaan..
"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta
Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk
termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap
ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah
keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan.
Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan
syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat
syurgawi.Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang
cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah
dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……
tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi
wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita,
kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini? Perhiasan adalah
suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti
mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati
apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan
hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia
dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau
bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki. Apabila hati
diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu
penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya
mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati
yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan
perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar
wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat
bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari
Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi
punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan,
maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan.
Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya
lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal.
Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman
dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan,
di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga
plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi
sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan'
sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan
lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana
sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)"


Posted by aurisia/syahida at 3:57 AM

Saturday, June 05, 2004

Sembilan Mimpi Rasulullah
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam
aku sebelum di Israqkan........"

1.Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut
dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat
itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA
KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir,
maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke
kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
engeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA
DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka
agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




Posted by aurisia/syahida at 9:26 PM

Wednesday, June 02, 2004

MENUNTUT ILMU DALAM PANDANGAN ISLAM
"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China".
Kadang-kadang kita lupa untuk apa sebenarnya kita menuntut ilmu, dan kita
juga lupa apa hukumnya menuntut ilmu dalam agama Islam. Dalam hal tersebut,
saya ingin mengingatkan kembali untuk apa sebenarnya, dan apa hukumnya kita
menuntut ilmu dalam agama Islam. Hal ini saya sadur dari buku "Ilmu fiqih
Islam" karangan Drs.H.Moh.Rifai.


HUKUM MENUNTUT ILMU.
Apabila kita memperhatikan isi Al-Quran dan Al-Hadis, maka terdapatlah
beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki maupun
perempuan, untuk menuntut ilmu, agar mereka tergolong menjadi umat yang
cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu ertinya
berusaha menghasilkan segala ilmu, baik dengan jalan menanya, melihat atau
mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi
Muhammad saw :"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim, baik laki-laki maupun
perempuan". (HR. Ibn Abdulbari)Dari hadis ini kita memperoleh pengertian, bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui
segala kemashlahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisa segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dangan 'aqaid dan ibadat, baik yang berhubungan dengan soal-soal keduniaan dan segala kebutuhan hidup.Nabi Muhammad saw. bersabda :"Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya ; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) diakhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang meginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula".(HR.Bukhari dan Muslim).Islam mewajibkan kita menuntut ilmu-ilmu dunia yang memberi manfaat dan berguna untuk menuntut kita dalam hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan
kita di dunia, agar tiap-tiap muslim jangan picik ; dan agar setiap muslim dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat membawa kemajuan bagi penghuni dunia ini dalam batas-batas yang diridhai Allah swt.Demikian pula Islam mewajibkan kita menuntut ilmu akhirat yang menghasilkan natijah,yakni ilmu yang diamalkan sesuai dengan perintah-perintah syara'.Hukum wajibnya perintah menuntut ilmu itu adakalanya wajib 'ain dan adakalnya wajib kifayah. Ilmu yang wajib 'ain dipelajari oleh mukallaf yaitu yang perlu diketahui untuk meluruskan 'aqidah yang wajib dipercayai oleh seluruh muslimin; dan yang perlu di ketahui untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan yang difardhukan atasnya, seperti shalat, puasa, zakat dan haji.Disamping itu perlu dipelajari ilmu akhlak untuk mengetahui adab sopan santun yang perlu kita laksanakan dan tingkah laku yang harus kita tinggalkan. Disamping itu harus pula mengetahui kepandaian dan keterampilan yang menjadi tonggak hidupnya.Adapun pekerjaan-pekerjaan yang tidak dikerjakan sehari-hari maka di wajibkan mempelajarinya kalau di kehendaki akan melaksanakannya, seperti seseorang yang hendak memasuki gapura pernikahan, seperti syarat-syarat dan rukun-rukunnya dan segala yang di haramkan dan dihalalkan dalam menggauli isterinya.Sedang ilmu yang wajib kifayah hukum mempelajarinya, ialah ilmu-ilmu yang hanya menjadi pelengkap, misalnya ilmu tafsir, ilmu hadis dan sebagainya.


1.MENUNTUT ILMU SEBAGAI IBADAT.
Dilihat dari segi ibadat, sungguh menuntut ilmu itu sangat tinggi nilai dan pahalanya, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw:"Sungguh sekiranya engkau melangkahkan kakinya di waktu pagi (mahupun petang), kemudian mempelajari satu ayat dari Kitab Allah (AlQuran), maka pahalanya lebih baik daripada ibadat satu tahun".Dalam hadist lain dinyatakan: "Barang siapa yang pergi untuk menuntut ilmu, maka dia telah termasuk
golongan fisabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) hingga ia sampai pulang kembali".Mengapa menuntut ilmu itu sangat tinggi nilainya dilihat dari segi
ibadat?Kerana amal ibadat yang tidak dilandasi dengan ilmu yang berhubungan dengan itu, akan sia-sialah amalnya. Syaikh Ibnu Ruslan dalam hal ini menyatakan : "Siapa saja yang beramal (melaksanakan amal ibadat) tanpa ilmu, maka segala amalnya akan ditolak, yakni tidak diterima".


2.DARJAT ORANG YANG BERILMU.
Kalau kita telah mempelajari dan memiliki ilmu-ilmu itu, apakah kewajiban
kita yang harus ditunaikan?.Kewajiban yang harus ditunaikan ialah mengamalkan segala ilmu itu, sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat, baik untuk diri kita sendiri maupun bagi orang lain. Agar bermanfaat bagi orang lain hendaklah ilmu-ilmu itu kita ajarkan kepada mereka. Mengajarkan ilmu-ilmu ialah memberi penerangan kepada mereka dengan
uraian lisan, atau dengan melaksanakan sesuatu amal di hadapan mereka, atau dengan jalan menyusun dan mengarang buku-buku untuk dapat diambil manfaatnya.Mengajarkan ilmu kecuali memang diperintah oleh agama, sungguh tidak disangkal lagi, bahwa mengajar adalah suatu pekerjaan yang seutama-utamanya. Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabda baginda :"Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar".(HR. Baihaqi) Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi guru manusia, guru
dunia, tentulah manusia tinggal dalam kebodohan sepanjang masa. Walaupun akal dan otak manusia mungkin menghasilkan berbagai ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya,iaitu hal-hal yang diluar akal manusia. Untuk itulah Rasul Allah di bangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas, agar mereka tidak dalam kebodohan dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beringan tangan menuntun mereka menuju kebahagian dunia dan akhirat. Bagi para guru dan
ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi saw :"Barang siapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan
(tidak mau memberikan jawabannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya),
kelak dihari kiamat dengan kekangan ( kendali) dari api neraka".(HR Ahmad)
Marilah kita menuntut ilmu pengetahuan, sesempat mungkin dengan tidak ada
hentinya tanpa putus sampai ke liang kubur, dengan ikhlas dan tekad mengamalkan dan menyumbangkannya kepada masyarakat, agar kita semua dapat menuai hasil dan buahnya.


Posted by aurisia/syahida at 2:23 AM

Tuesday, June 01, 2004

4 perangai yang harus dihindari
Dari Abdullah bin Amru ra., Nabi saw. bersabda: "Empat perangai apabila berada pada seseorang akan menjadikannya munafik murni, dan apabila salah satunya berada pada seseorang, akan menjadikannya mempunyai salah satu perangai munafik, hingga meninggalkannya. Yaitu: Apabila dipercaya khianat, apabila berbicara berbohong, apabila mengadakan perjanjian akan melanggarnya dan apabila bertikai curang." Bukhari (34), Muslim (58)
Munafik adalah: Yang lahir tidak sama dengan yang batin. Termasuk di dalamnya Taqiyyah terhadap kaum Muslimin.
Apabila yang tidak sama itu masalah keimanan disebut munafik kafir, dan apabila dalam hal lain, dinamakan munafik perbuatan, baik yang berupa kegiatan mengerjakan atau meninggalkan. Munafik jenis ini mempunyai tingkatan yang berbeda-beda.
Nawawi mengatakan dalam Penjelasannya terhadap Sahih Muslim, jilid 2, halaman 47: "Yang benar dan yang terpilih adalah bahwa arti hadis ini adalah bahwa perangai-perangai itu adalah perangai munafik. Yang mempunyainya akan menyerupai dan beretika seperti orang munafik dilihat dari sisi itu. Yang demikian ini, karena munafik adalah menampakkan sesuatu tidak sama dengan yang disembunyikan. Dan sifat ini ada dalam diri orang yang mempunyai empat perangai itu. Dengan demikian, kemunafikannya adalah khusus untuk orang yang dibicarai, diberi janji, mempercayainya, bertikai dengannya dan mengadakan perjanjian dengannya, dan bukan munafik mutlak yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.
Sebagian ulama mengatakan: "Hal itu berlaku pada orang yang terbiasa mempunyai perangai-perangai itu, adapun orang yang hanya mempunyainya jarang-jarang, tidak termasuk di dalamnya."


Posted by aurisia/syahida at 9:28 AM
Siapa temanmu?


Siapa Temanmu Menurut Pandangan Al Ghazali
Manusia itu adalah makhluk sosial. Artinya, mereka sepanjang hidupnya memerlukan kehadiran orang lain agar dapat menyelenggarakan kebutuhan hidupnya sehari-hari alias selalu memerlukan teman. Teman bisa diperoleh dalam keluarga sendiri, atau orang di luar kelompok keluarga. Kita sebagai manusia sepatutnyalah bisa bergaul dengan siapa saja. Tapi, Islam memberi tuntunan bahwa untuk memberikan manfaat yang lebih besar bagi diri kita dan agama kita, maka sepatutnyalah kita pandai memilih pada siapa saja kita bergaul lebih akrab dengan teman kita dalam lingkungan pergaulan yang luas tersebut.

Nabi SAW bersabda:
Manusia itu menurut agama temannya. Maka hendaklah diperhatikan olrh seseorang di antara kamu akan orang yang akan diambil menjadi temannya.(HR Abu Dawud, At Tirmidzi dan Al Hakim dari Abu Hurairah dengan sanad shahih)Al Ghazali,dalam bukunya Ihya' Ulumiddin mengatakan bahwa ada lima perkara pada orang yang patut dipilih menjadi teman. Yaitu berakal, baik budi pekerti, tidak fasiq, tidak berbuat bid,ah dan tidak loba kepada dunia.

Penjelasannya sebagai berikut:
1. Berakal.
Akal adalah pokok dan itulah asalnya. Tak ada kebajikan berteman dengan orang bengal. Kesudahannya, akan kembali kepada keliaran hati dan putus silaturrahim, walaupun persahabatan itu telah berjalan lama. Orang bengal itu kadang-kadang mendatangkan kemelaratan kepadamu, sedang maksudnya mendatangkan kemanfaatan kepadamu danmenolong kamu, dimana sebenarnya, ia tidak tahu. Yang dimaksud dengan orang berakal ialah orang yang memahami segala persoalan, menurut yang sebenarnya. Adakalahnya oleh dirinya sendiri dan adakalanya apabila diberi peringatan oleh orang lain.

2. Baik Budi Pekertinya
Baik budi pekertinya tidak boleh tidak harus dimiliki oleh siapapun yang menjadi teman kita. Karena banyaklah orang berakal, mengetahui segala sesuatu menurut yang sebenarnya. Tetapi apabila dia memiliki sifat pemarah, atau punya nafsu syahwat yang besar atau seorang pengecut, niscaya ia suatu saat mengikuti hawa nafsunya. Kalau sudah begini, ia akan melanggar apa yang sebenarnya diketahuinya. Hal ini terjadi akibat dari lemahnya kontrol dan pengendalian yang bersumber dari budi pekerti yang baik. Itu sebabnya patut bagi kita memperhatikan kebaikan budi pekerti teman kita.

3. Tidak Fasiq
Yang dimaksud disini dengan orang fasiq adalah orang yang tidak memiliki rasa takut kepada Allah. Tidak ada faedah berteman dengannya karena orang tidak akan merasa aman dari tipuannya serta tidak dipercayai dengan kebenarannya. Ia selalu berubah dengan perubahan maksud-maksudnya."Dan janganlah engkau turut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingat Kami dan ia menurutkan hawa nafsunya."(Qs Al Kahfi:28)

4. Tidak Berbuat Bidaah
Berteman dengan orang yang berbuat bidaah, maka berteman dengan dia, terdapat bahaya menjalarnya bidaah itu dan berkembang kutukan bidaah kepadanya. Umar ra telah berkata:"Haruslah kamu berteman dengan orang-orang benar! Kamu akan hidup dalam lindungan mereka. Sesungguhnya mereka itu, adalah hiasan pada waktu senang danperisai pada waktu susah. Letakkanlah persoalan saudaramu (temanmu) dalam keadaan yang sebaik-baiknya! Sehingga ia membawa kepada kamu, apa yang memenangkan kamu. Dan asingkanlah dirimu dari musuhmu danberhati-hatilah dari temanmu, kecuali yang kepercayaan dari kamu itu! Dan tidak ada yang kepercayaan, selain orang yang takut kepada Allah. Maka janganlah engkau berteman dengan orang dzalim, nanti kamu akan memperoleh pengetahuan dari kezalimannya! Dan janganlah engkau perlihatkan kepadanya rahasia engkau! Dan bermusyarawarahlah tentang urusanmu dengan orang-orang yang takut kepada Allah!"(diriwayatkan oleh Sa'id bin Al-musayyab)

AlQamah Al-Atharidi didalam wasiatnya kepada anaknya, ketika ia hampir meninggal dunia. dia berkata:"Hai anakku! Apabila datang keperluan bagimu untuk berteman dengan orang, maka bertemanlah dengan orang, dimana apabila engkau melayaninya, nescaya ia menjaga engkau! Dan jikalau engkau menemaninya, nescaya ia menimbang dengan penghargaan akan engkau. Dan jikalau engkau memerlukan perbelanjaan, nescaya ia membelanjai engkau. Bertemanlah dengan orang, apabila engkau menghulurkan tanganmu kepadanya dengan kebajikan, nescaya iapun menghulurkannya. Jikalau ia melihat daripadamu kebajikan, nescaya diperkirakannya. Jikalau ia melihat kejahatan, nescaya ditutupkannya.Bertemanlah dengan orang, apabila engkau meminta padanya, nescaya diberikannya kepadamu. Dan kalau engkau berdiam diri, nescaya dimulainya memberikan kepadamu. Dan jikalau datang bencana kepadamu, nescaya ditolongnya kamu. Bertemanlah dengan orang, apabila engkau berkata, nescaya dibenarkannya perkataanmu. Dan kalau kamu berdua berusaha tentang sesuatu, nescaya dipentingkannya urusanmu. Dan kalau kamu berdua berselisih, nescaya diutamakannya kamu"

Ali ra bermadah:"Temanmu yang sebenarnya,ialah orang yang ada bersamamu.Dan orang yang menyusahkan diriya supaya ia bermanfaat kepadamu.Pada waktu membimbangkan,Ia berkata terus terang kepadamu.Dia sendiri pecah berantakan,Supaya kamu terkumpulkan selalu."

Berkata setengah Ulama: "Janganlah kamu berteman, selain dengan salah seorang dari dua: Orang yang engkau pelajari daripadanya, sesuatu tentang urusan agamamu. Maka ia memanfaatkan kepadamu. Atau orang yang engkau ajarkan sesuatu tentang urusan agamanya, lalu diterimanya daripadamu. Dan orang yang ketiga (orang yagn tidak engkau pelajari agama padanya dan tidak engkau ajari agama kepadanya), maka larilah daripadanya."

Berkata Jaafar Ash Shadiq ra: Janganlah engkau berteman dengan lima orang:
Pertama: Pendusta. Maka engkau berada dalam penipuannya. Dia adalah seumpama cahaya panas (fatamorgana), dekat kepadamu yang jauh dan jauh kepadamu yang dekat.
Kedua: Orang dungu. Maka tidaklah engkau memperoleh daripadanya sesuatu. Ia mau mendatangkan manfaat kepadamu, lalu ia memelaratkan akan kamu.
Ketiga: Orang kikir. Maka ia putuskan daripada kamu, sesuatu yang kamu amat memerlukan kepadanya.
Keempat: Orang pengecut. Maka ia akan menyerahkan kamu dan ia akan lari ketika menghadapi kesulitan.
Kelima: orang fasiq. Maka ia akan menjual kamu dengan sesuap makanan atau kurang dari itu.

5. Tidak loba kepada Dunia
Adapun berteman dengan dia adalah racun pembunuh. Karena tabiat (karakter) manusia ini, tertarik dan menyerupai. Duduk-duduk bersama dengan orang yang loba kepada dunia itu, dapat menggerakkan kelobaan. Dan duduk bersama orang yang zahid, dapat menggerakkan kkezuhuidan di dunia. Karena itulah, tiada disukai berteman dengan orang-orang yang mencari dunia. Dan disunnahkah berteman, dengan orang-orang yang gemar akan akhirat.

Berkata Ali ra: "Hidupkanlah ketaatan dengan duduk-duduk brsama orang yang disegani."

Berkata Ahmad bin Hanbal ra: "Tiada yang menjatuhkan aku ke dalam bencana, selain karena berteman dengan orang yang aku tidak malu kepadanya."

Berkata Lukman: "Hai anakku! Duduk-duduklah dengan ulama dan berdesak-desaklah kepada mereka dengan kedua lututmu. Kerana sesungguhnya hati iti hidup, dengan pengetahuan tinggi (ilmu hikmah), sebagaimana tanah mat hidup dengan banjir dari hujan."

Demikian semoga bermanfaat.


Posted by aurisia/syahida at 9:12 AM