Wednesday, December 17, 2003
SURAH AL-IKHLAS
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga
dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam
kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan
para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustah untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Posted by aurisia/syahida at 2:23 AM
.:about me:.
.:kebenaran hari ini bukan bererti kebenaran esok hari:.
"...Ingatlah setiap raja itu mempunyai batas sempadannya dan
batas sempadan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkannya.
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging,apabila daging
itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya,apabila daging itu rosak
maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.Ingatlah daging itu ialah
hati."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
syahida mohd sukri
20 years old
from: Kerteh,Malaysia
student at UQ,Queensland
currently doing something with Info Tech
contact me @ meteora_syahida@yahoo.com.au