Saturday, September 06, 2003

Nabi menangis kerana perempuan ???

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka,
maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita,
yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang
taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka
dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan
kecantikan. Lalu Rasulullah bersabda:

"Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit,
aku melihat para wanita umatku tengah disiksa
di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan
bagi kaum wanita, iaitu:

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya,
adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan)
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2) Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya,
adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan
melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar
70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan
kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah
melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t
akan menghapuskan amal kebaikannya
selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada
siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya,
adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan
tidak mendapat izin suaminya.

4) Orang perempuan yang diikat kakinya,
adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat
izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas,
bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

5) Orang perempuan yang makan badannya
sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat
oleh lelaki lain dan mereka yang suka
membicarakan keaiban orang lain.

6) Orang perempuan yang memotong-motong
buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting
dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan
dirinya di kalangan orang ramai, dan mermaksud
supaya orang melihat akan tertarik kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai.

7) Orang perempuan yang diikat kedua kaki
dan tangannya sehingga sampai kepada
ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor
ular dan kala kengking adalah kerana dia itu boleh
solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk
dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak
mahu mandi junub.

8) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi
dan badannya pula seperti keldai adalah kerana
dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9) Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing,
adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

10) Dan perempuan yang menyerupai anjing,
api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya i
tu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang
telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit
semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Namun begitu jika seorang wanita benar-benar
menjalani kehidupan seperti yang ditetapkan oleh Islam,
maka syurgalah tempatnya wanita itu.
Mudah-mudahan kita digolongkan di antara
wanita-wanita yang solehah dan
menjadi ahli syurga. Insya Allah.




Posted by aurisia/syahida at 9:53 PM

Friday, September 05, 2003

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat
disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir
dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu
untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina
oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi
kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki
sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan
cabaran tanpa melemahkan semangat juang
mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah
serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

- Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki
hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara
yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada
kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi
terhadap Allah di mana seorang isteri boleh
mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

-Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik,
apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.
Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak
menerimanya,bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah
tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

-Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat
penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana
hadis Rasulullah saw :

Doa ibu itu lebih cepat makbul.
Orang bertanya :Kenapa ya Rasulllah ?
Jawab baginda : Ibu lebih penyayang dari bapa dan
doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

KUASA TAQWA PEREMPUAN

- Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna
dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling
dikasihi Allah.Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya
melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

- Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan
berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada
pada perempuan adalah merupakan penjara
daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.
Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada
di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

-Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan
oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan
untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap
lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu
sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya
dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,
memelihara dari kecil hingga dewasa.

-Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika
ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki
yang berhak atasnya sebagaimana maksud
hadis Rasulullah saw :

-Perempuan yang taat kepada suaminya, semua
burung di udara, ikan di air, malaikat di langit,
matahari dan bulan : semuanya beristighfar
baginya (isteri) selagi mana ia masih taat
kepada suaminya dan diredhainya
(serta menjaga solat dan puasanya).


Posted by aurisia/syahida at 6:59 AM
jihad bagi kaum wanita

Rasulullah S.A.W bersabda :
Wahai kaum wanita!
Apakah kamu tidak senang?
Jika perempuan itu sedang hamil hasil
dari suami yang menyukainya
(kerana berbakti kepadanya),
maka ia akan mendapat pahala
sebanding orang yang berpuasa
serta berperang untuk membela agama Allah.
Dan jika ia merasa sakit ketika akan melahirkan anak,
maka ahli (penduduk) langit dan ahli bumi tidak
mengetahui rahsia kebahagiaan yang tersimpan
di dalam hatinya.Dan jika ia melahirkan anak,
maka tidaklah satu titis pun dari air susunya kecuali ia
mendapat pahala satu amal kebajikan pada
tiap titisan dan tiap hisapan.Dan jika ia kurang tidur kerana
melayani anak pada waktu malam,maka ia mendapat pahala
sebanding dengan pahala memerdekakan tujuh puluh hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.Wanita yang
sentiasa taat kepada suaminya, dan menjaga dirinya
ketika suaminya tiada di rumah, maka yang demikian itu
pahalanya sama dgn org yg berjihad di jalan Allah.



Posted by aurisia/syahida at 5:57 AM